Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Imam Palestin Mati Ditembak

1763
SHARE

Muslimat PAS mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan terancang ke atas seorang Imam warga Palestin, Dr. Fadhi Albatsh pagi tadi yang dilaporkan ditembak dengan 10 das tembakan ketika perjalanan ke surau untuk Solat Subuh di kawasan kediamannya.

Almarhum sebelum ini dibawa masuk ke Malaysia melalui MyCare untuk menjadi Imam di bulan Ramadhan bermula tahun 2014.

Malaysia sepatutnya menjadi negara yang melindungi danmenjamin keselamatan warga Palestin di Malaysia.

Kejadian pagi tadi diharap tidak berulang lagi kerana sudah pasti membuktikan keselamatan orang awam juga berada dalam keadaan bahaya.

Justeru, Muslimat PAS memohon pihak polis dan yang terlibat untuk mengadakan siasatan sebaiknya bagi mengenal pasti pembunuh upahan yang terlibat dalam kes ini.

Di kesempatan ini, kami Muslimat PAS dengan penuh rendah hati mengucapkan takziah buat keluarga mangsa atas kematian yang menyedihkan ini. Bersabarlah di atas segala ujian Allah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada’.

Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 April 2018 bersamaan 5 Syaaban 1439