PAROI, 13 April – Program Cula dan Ziarah (CuRah) sebelah pagi telah diadakan di Taman Senawang Indah, menziarahi pengundi yang sakit bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Hajah Masita Mohamed Ali. Turut serta PIC Taman Senawang Indah, En Kamarulzaman Harun.
Sesi petang pula Hajah Masita bersama PIC Taman Alamanda, Hjh Faridah Yahya menziarah pengundi DUN Paroi yang mengalami penyakit kencing manis, tinggal di Taman Alamanda.
Sesi ziarah pagi dan petang turut disertai oleh muslimat dan guru-guru PASTI Kawasan Rembau.