Home Berita PAS Johor

PAS Muar Menyantuni Masyarakat India

1362
SHARE

PAS Muar Menyantuni Masyarakat India

MUAR : PAS Kawasan Muar meneruskan rutin ziarah mingguan di Dun Maharani pada 14 Mac 2018 yang lalu. Sasaran ziarah kali imi ialah di Jalan Khalidi, Muar. Program diketuai Adun Maharani YB Dr Mohamad Taslim bersama-sama dengan YDP PAS Kawasan Muar Abd Aziz Talib dan beberapa orang ahli jawatankuasa JPrD Maharani.

Antara keluarga yang sempat dikunjungi ialah Nagama, 53 tahun yang menderita penyakit kencing manis dan stroke yang menyebabkan sebelah matanya tidak boleh melihat. Beliau yang sebelum ini beragama Hindu dan mempunyai 5 orang anak hasil dari perkahwinan pertama. Sementara dalam perkahwinan kedua setelah memeluk Islam mendapat 2 orang anak.

Salah seorang anak perempuannya, Rafidah pula yang bertanggungjawab menanggung keluarga dengan menjual kacang rebus dan mengambil upah mencuci. Nagama juga menjaga 2 orang cucunya yang mana ibu mereka bekerja di Singapura. Anak lelaki Nagama yang cedera dalam kemalangan juga tinggal bersamanya.

Di dalam rumah yang mempunyai 4 keluarga ini juga, selain beban kewangan juga masalah anak-anak kecil yang seramai 9 orang dan ada yang tidak bersekolah serta tidak mempunyai mykad.

Bantuan kewangan dan sumbangan barangan dapur turut diberikan oleh YB Dr Mohamad kepada keluarga ini . Rawatan kesihatan percuma juga diberikan.

Menurut YB Dr Mohamad, pihak PAS Kawasan Muar akan terus membantu keluarga ini menyelesaikan masalah mykad anak-anak, rawatan kesihatan, bantuan dari JKM dan Baitulmal di samping memberi bimbingan rohani untuk memelihara akidah mereka yang beragama Islam. Ini juga bagi memastikan keluarga ini lebih mengenal Islam.