Home Berita PAS Johor

Program Manasik Umrah Cilik PASTI Muar 2018

1564
SHARE

Program Manasik Umrah Cilik PASTI Muar 2018

MUAR : Program Manasik Umrah Cilik PASTI Kawasan Muar anjuran MGP PAS Muar telah diadakan pada 16 Mac 2018 di Pusat Komuniti PAS Parit Tarom, Muar. Seramai 148 orang pelajar 6 tahun PASTI Kawasan Muar telah terlibat dalam rogram tersebut.

Program yang telah diadakan buat kali kedua ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Muar, Abd Aziz Talib.

 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan teori dan praktikal ibadah haji dan umrah kepada anak-anak Pasti. Semoga ini dapat menarik minat mereka terhadap ibadah haji dan umrah. Juga diharapkan dapat lebih memantapkan tahap kefahaman terhadap konsep ibadah ini.

Mutawwif jemputan Ustaz Iskandar Hamzah dari UHR Travel & Tours telah mengendalikan program ini dengan bantuan semua guru PASTI Kawasan Muar.

Pengerusi PASTI PAS Muar , Ustaz Muhibbudin Samad turut mengucapkan terima kasih kepada semua para penyumbang program ini.