UMNO menggunakan strategi baru menerusi Jalinan Rakyat (JR) bagi merampas semula Kelantan dari kepimpinan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.
JR mejadikan pengundi luar dari Kelantan sebagai anak angkat pada tiga Dun dalam Parlimen Tanah Merah iaitu Dun Bukit Panau, Dun Gual Ipoh dan Dun Kemahang.
Isu tersebut yang dibantah oleh Dun Bukit Panau pada perbicaraan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diadakan selama enam hari bermula 15 Mei lalu.
Seramai 240 pengundi luar yang dikesan menjadi anak angkat dan keluarga angkat, JR dalam Dun Bukit Panau dengan alamat penduduk tempatan tanpa kediaman.
Mereka juga difahamkan datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengundi pada semua Dun dalam Parlimen Tanah Merah.
Difahamkan perkara sama turut berlaku pada Dun Gual Ipoh dan Dun Kemahang dengan jumlah anak angkat lebih besar digunakan dengan taktik berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, perbicaraan SPR pagi tadi telah menolak bantahan tersebut.
Menurutnya, ia disebabkan oleh mereka adalah anak angkat kepada keluarga angkat, JR yang dilantik oleh Umno yang tidak pernah mengundi di Tanah Merah.
“Mereka ini tidak pernah tinggal di Bukit Panau, sedangkan peraturan SPR permustautin mesti berada dalam satu-satu tempat selama enam bulan.
“Walaupun ada pekeliling baru. Namun apa yang kita tegaskan ialah jika ada pengundi baru didaftarkan mesti ditunjukan kepada kita,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menipu suruhanjaya berkenaan bagi membolehkan individu berkenaan boleh didaftar sebagai pengundi Dun. – HARAKAHDAILY 17/5/2017