Home Berita PAS Kelantan

Penghulu, muslimat bantu mangsa banjir

1368
SHARE

DUN Limbongan menyediakan petugas terdiri daripada penghulu, muslimat dan Amilat di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Kamil 1.

Adunnya, Ustaz Mohd Nazlan Muhd Hasbulah, memberitahu, sukarelawan dari Dun Limbongan membantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyediakan makanan di pusat pemindahan tersebut.

“Sukarelawan Dun bertugas secara bergiliran tiga shift bagi membantu pihak berwajib ketika menyediakan juadah.

“Kami juga menyediakan alatan memasak di pusat pemindahan berkenaan,” ujarnya.

Adun Limbongan juga berberapa kali membuat lawatan ke pusat pemindahan berkenaan bagi memantau perkembangannya.

Beliau juga berkata, setakat ini hanya sebuah sahaja pusat pemindahan dibuka di Dun Limbongan.

“Kami di Dun Limbongan dalam keadaaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan setakat ini hanya satu sahaja pusat pemindahan dibuka di Dun ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/11/2017