Home Berita PAS Johor

PAR Dun Benut Rai Anak Muda

965
SHARE


BENUT – Pusat Aduan Rakyat Parlimen Pontian Dun Benut bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian telah berjaya menganjurkan Program Tayangan Layar Gergasi pada 4 November lalu. Ia bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang mempertemukan 2 gergasi bolasepak dari selatan dan utara tanahair.

Program yang diadakan di Kedai Makan Tanjung Seafood Parit Markom itu telah dihadiri lebih daripada 40 orang peminat JDT. Penyelia PAR Dun Benut, Saudara Mohd Firdaus Jaffar juga selaku wakil penganjur dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana program dapat diadakan mengikut perancangan serta dapat mengundang kehadiran anak muda yang cukup ramai.

Sebagai tanda penghargaan di atas kehadiran mereka, pihak PAR Dun Benut/Parlimen Pontian telah menyediakan hadiah saguhati yang berjaya disampaikan kepada 7 orang penonton bertuah melalui cabutan bertuah yang dilakukan ketika rehat separuh masa pertama perlawanan.