Home Berita PAS Pahang

Pemuda PAS Pahang LancarSukarelawan Jentera Pilihanraya (J4P)

723
SHARE

Maran: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Pahang secara rasmi telah melancarkan “Sukarelawan J4P” atau nama penuhnya Sukarelawan Jentera Pilihanraya Pemuda Pas Pahang yang berperanan menghimpunkan seramai mungkin sukarelawan anak muda di seluruh negeri pahang dalam membantu gerak kerja pilihanraya dewan pemuda pas. Pelancaran pertama ini dilancarkan di bawah Pemuda PAS Kawasan Maran malam tadi.

Perasmian Sukarelawan J4P telah disempurnakan oleh Ust Zarimi Abu Zih, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang pada malam tadi sempena BBQ Santai & Big Screen Final Bola Sepak Piala Malaysia di Markas Tarbiyah Embun Mutiara (MATEM).

Ustaz Zarimi dalam ucapannya menyeru seluruh anak muda bersama-sama dalam perjuangan pas dalam ruang peluang dan berdasarkan kemahiran yang ada. Malah, melalui Sukarelawan J4P, pemuda akan diberi pendedahan secara berkala berkaitan tugasan, gerak kerja pilihanraya dan aktiviti-aktiviti yang mengarah memenangkan Parti Islam SeMalaysia Pas.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada semua hadirin ahli PAS terutama pemuda-pemuda yang hadir agar meletakkan kebergantungan secara total kepada Allah dalam setiap gerak kerja jemaah. Sentiasa memperbaharui niat, lazimi selawat kepada Rasulullah saw, baca al Quran, zikir al mathurat setiap pagi dan petang serta melazimi solat berjemaah.

Selain mengumpul maklumat dan tenaga pemuda di seluruh pahang, Sujarelawan J4P juga bertujuan mengumpul dana sumbangan rm15 seorang utk menampung program pilihanraya yg dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang di semua peringkat.