Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Tokoh Anak Muda Antara Calon PAS Selangor

4951
SHARE

Tokoh Anak Muda Antara Calon PAS Selangor

Oleh: Salman Amirruddin

Golongan anak muda merupakan golongan yang diberi perhatian pada PRU 14 ini kerana mereka mengikuti arus perubahan terutama bersama PAS.

PAS Selangor pada PRU 14 ini mengemukakan beberapa calon orang muda yang mempunyai ketokohan dan kewibawaan dalam misi menerajui kesejahteraan Selangor di peringkat DUN dan Parlimen.

โ€œKita tampilkan yang muda-muda, kita tidak ambil yang 93 tahun keatas..,โ€ ujar Ustaz Sallehin Mukhyi semasa mengumumkan calon PAS Parlimen Gombak iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Haji Khairil Nizam Bin Khirudin.

4 Parlimen dan 6 DUN yang ditandingi PAS terdiri dari calon orang muda adalah seperti berikut:

P.092 Sabak Bernam: Ustaz Muhammad Labib Bin Abdul Jalil
P.098 Gombak: Ir Haji Khairil Nizam Bin Khirudin
P.099 Ampang: Nurul Islam Mohamed Yusoff
P.100 Pandan: Mohamed Sukri Bin Omar

N.03 Sungai Panjang: Mohd Razali Bin Shaari
N.08 Sungai Burong: Ustaz Mohd Zamri Bin Mohd Zainuddin
N.13 Kuang: Mohd Fauzan Bin Madzlan
N.16 Sungai Tua: Mohammad Bin Ibrahim
N.22 Teratai: Mohd Irman Abdul Wahab
N.38 Paya Jaras: Mohd Hanafi Bin Zulkapli

Selain itu, calon Parlimen Sabak Bernam merupakan calon PAS Selangor termuda yang bakal menggalas misi merampas Sabak Bernam daripada Barisan Nasional.

Antara calon yang mendapat perhatian semasa majlis pengisytiharan tersebut pula ialah calon DUN Paya Jaras, Ustaz Mohd Hanafi Bin Zulkapli yang diiringi laungan takbir oleh hadirin berulang kali semasa beliau naik ke pentas.