Home Berita PAS Kelantan

81 peratus manifesto kerajaan negeri dicapai

89
SHARE

KUALA KRAI, 23 Mac: Berdasarkan tiga tonggak utama Negeri Kelantan, Kemakmuran, Kebajikan dan Keberkatan telah mengorak langkah dengan pelan strategik Kelantan Melangkah ke Hadapan. Kini, Kerajaan Negeri telah mencapai 81 peratus manifesto yang dibuat dan masih dalam usaha dan perancangan untuk mencapai target sekurang-kurangnya hampir 100 peratus sebelum Penggal ke-15 bermula.

Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dalam Program Dialog Ummah Negeri Kelantan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) 2022, di Dewan Tarbiyah Kuala Krai, Ahad lalu.

“Kerajaan Negeri menunjukkan pencapaian yang lebih baik, ada peningkatan setiap tahun dari segi kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), termasuk dalam bidang pertanian meningkat dua peratus,” katanya.

Menurut YB Tuan Mohd Saripudin, belanjawan 2022 Negeri Kelantan memberi manfaat kepada rakyat dan banyak peningkatan yang telah dibuat, antaranya ialah peningkatan peruntukan agihan Skim bantuan beras Al-It’aam kepada rakyat daripada RM5 juta kepada RM6.3 juta setahun.

Selain itu, beliau turut memaklumkan peruntukan
RM12 juta bagi portfolionya juga telah diluluskan. RM4 juta daripadanya diperuntukkan bagi membekalkan input pertanian.
Sementara itu, selama 10 tahun juga, Kerajaan Negeri dan Pusat telah memperuntukkan RM600 ribu dan RM400 ribu setahun bagi pembangunan tanah-tanah terbiar dengan target 100 hektar setahun.

Turut hadir sebagai panel jemputan dialog tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato Che Abdullah Mat Nawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhamad Mat Sulaiman.