Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG, 13 April – Seramai 80 orang asnaf menerima beg barangan keperluan dapur dan sekampit beras sejahtera.
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turun mengiringi ADUN Kuala Nerang YB Hj Munir@Mohammad Yusoff Zakaria bagi menyampaikan sumbangan kepada semua penerima yang hadir di Surau Bukit Nambua.
“Selamat beribadah, gunalah peluang bulan Ramadan ini untuk tingkatkan amal ibadah. Pelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terlibat dengan kemungkaran yang mengundang kemurkaan Allah.
“Terima kasih YAB Menteri Besar Kedah di atas bantuan yang diberikan ini tanpa mengira agama bangsa dan politik.
“Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang adil kepada semua serta telus dan berintegriti. YAB sangat berhemah dan cermat dalam berbelanja. Hasilnya dapat simpan duit RM660 juta. Banyak kejayaan besar dicapai walaupun baru 23 bulan memerintah,” ujar ADUN Kuala Nerang.