Home Berita PAS Johor

68 beg darah berjaya dikumpul Blood Hero

68
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang, 20 Apr : Sebanyak 68 beg darah telah berjaya dikumpulkan dalam program Blood Hero anjuran Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kluang disini harini.

Menurut Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kluang, Mohd Syafiee Musni, Blood Hero membuka penyertaan selama dua minggu.

“Alhamdulillah, penyertaan diluar jangkaan, jangkaan awal hanya 30 penderma darah sahaja tetapi dapat melebihi jumlah yang ditetapkan.

Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak tabung darah untuk membantu pihak yang memerlukan”, ujar Mohd Syafiee.

Blood Hero merupakan inisiatif untuk membantu pihak hospital mendapatkan bekalan darah yang semakin kritikal.

Seramai 81 orang penderma yang hadir hanya 68 beg darah sahaja yang berjaya diperolehi.

“Harapan kami pada waktu akan datang program seperti ini dapat lagi di teruskan pada masa akan datang dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah”, tambah Mohd Syafiee.

Turut hadir, Yang di-pertua PAS Kawasan Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan kemasyarakat, Khairul Anuar Ahmad Kamil serta Ketua Briged Muslimat, Norhafizah Lokaman.