Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Putatan edar kuih muih

66
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
21 April 2022

PUTATAN : Dewan Muslimat PAS Putatan (DMPKP) melaksanakan program edaran kuih muih di sekitar Sembulan, Putatan pada ahad petang lepas.

Sebanyak 60 pek kuih muih telah diedar sebagai juadah berbuka puasa.

Menurut Ketua Lajnah Politik dan Pilihanraya DMPKP, Fatimah Fatin Dian Mohd Saufique edaran itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang ramai selain berkongsi rezeki di bulan Ramadan kepada semua lapisan masyarakat.

“Aktiviti edaran dilaksanakan pada sebelah petang di lokasi perkampungan sebelum masuknya waktu berbuka puasa.

“Kami mengharapkan sedikit pemberian kuih muih dapat menggembirakan orang ramai semasa berbuka puasa,” ujarnya lagi selepas edaran selesai dilakukan.