Home Berita PAS Kelantan

600 penoreh getah terima Sumbangan Prihatin

5
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

PASIR PUTEH, 20 Sept: 600 penoreh getah yang terjejas akibat pandemik COVID-19 terus dibantu melalui sumbangan bakul makanan prihatin daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, penoreh getah antara golongan paling gembira menerima sumbangan untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup semasa situasi pandemik ini.

“Mudah-mudahan dengan bantuan ini, penoreh getah akan lebih bersemangat meningkatkan produktiviti untuk Malaysia.

Terima kasih kepada semua pihak dan semoga semua mangsa COVID-19 di Pasir Puteh bersabar dengan ujian Allah SWT”, katanya selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan prihatin di Pejabat Ahli Parlimen Pasir Puteh.