Home Berita PAS Kelantan

560 lagi warga Mengkebang divaksinasi, 550 lengkap dos kedua

9
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
MENGKEBANG, 13 Jul: Seramai 560 penduduk menerima suntikan vaksinasi dos pertama COVID-19 di Program Outreach Mukim Kuala Nal bagi sesi kedua.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Haji Muhammad Mat Sulaiman berkata program kali ini melibatkan penduduk di lima buah kampung iaitu Kuala Nal, Pasir Era, Lepan Pauh, Bedal dan Bukit Sireh.
“Program sebelum ini dilaksanakan di Mukim Pasir Kelang melibatkan 550 penerima pada sesi pertama itu telah melengkapkan dua dos imunisasi pada sesi yang berlangsung semalam.
Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dan para petugas dari Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai yang diketuai Dr Azura Mat Seman atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.
Semoga pelaksanaan program vaksinasi bergerak di luar bandar seperti ini dapat mempercepatkan lagi sasaran Kerajaan Negeri untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang Oktober nanti”, katanya ketika dihubungi.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krai YB Ustaz Abdul Latiff Abd Rahman.