Home Berita PAS Kelantan

51 pelajar ke IPT terima sumbangan kerajaan negeri

122
SHARE

KOTA BHARU, 15 Dis: Seramai 51 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima sumbangan bantuan pendidikan kerajaan negeri fasa tiga yang disampaikan oleh Setiausaha DUN Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, YB Dato’ Anuar Tan Abdullah di Pusat Pembangunan Komuniti DUN Kota Lama, semalam.

Dalam ucapannya, Mohd Mortazi menasihati para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat menamatkan pengajian dengan pencapaian cemerlang.

Dalam majlis yang sama, Mohd Mortazi turut menyampaikan bantuan kepada tujuh orang waris kematian COVID-19 dan sumbangan Kifaalah kepada lima keluarga.

Turut hadir, Penghulu-penghulu DUN Kota Lama dan Sekretariat PKD Kota Lama.