Home Berita PAS Kedah

5,000 orang hadir ke Rumah Terbuka Pas Kawasan Baling Peringkat DUN Kupang

492
SHARE

BALING – Hampir 5,000 orang hadir ke Rumah Terbuka Pas Kawasan Baling Peringkat DUN Kupang Isnin lepas.

ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad selaku tuan rumah bersama dengan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Hassan Saad mengesahkan jumlah berkenaan.

YB Najmi merangkap Exco Agama Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah berkata, kehadiran rakyat bukan saja dari Kupang tetapi melibatkan DUN Bayu dan DUN Kuala Ketil.

“Syukur alhamdulillah, hasrat kita untuk meraikan rakyat di Baling dengan majlis seumpama ini mencapai matlamatnya.

“Hampir 5000 hadir pada hari ini. Meskipun menu utama iaitu nasi dan gulai daging rias pisang habis awal tetapi makanan lain dapat menampung kehadiran pengunjung pada lewat petang,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan program Aidilfitri itu.

Program berkenaan menyediakan kira-kira 12 jenis menu merangkumi nasi minyak, nasi tamato, lemang, ketupat, laksa, bihun sup dan pelbagai lagi.

Sebanyak sembilan kawah gulai daging rias pisang dimasak pada majlis itu dengan melibatkan penyertaan tujuh buah kampung serta Jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) DUN Kupang.