YAN, 4 JAN – Sebanyak 500 anak pokok bakau telah berjaya ditanam di pesisiran pantai Kuala Sungai Limau dalam program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau.
Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) UUM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Majlis Daerah Yan bertempat di Kuala Sungai Limau.
YB Ustaz Mohd Azam, ADUN Sungai Limau turut menyertai program ini dan berharap bahawa program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.
“Diharapkan usaha ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dari segi pembangunan ekonomi baharu melalui aktiviti ekopelancongan sambil memperkaya sumber hidupan marin, lantas berpontensi membantu pendapatan para nelayan” katanya.
Turut hadir bersama Tuan Muhammad Abdullah, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Tuan Haji Subhi Abdullah, Pegawai Daerah Yan dan Dr Noranida Mokthsim, Pengerusi Projek/Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan.