Home Berita PAS Kedah

Sumbangan 40 pek makanan asas, hasil kutipan ahli dan penyokong PAS

220
SHARE
KULIM BANDAR BAHARU, 4 JAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu menyumbangkan 40 pek makanan asas kepada golongan yang memerlukan.
Sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan sesama ahli serta penyokong PAS di cawangan tersebut. Begitulah orang PAS yang selalu dilabel ‘Tin Milo’ sentiasa bersifat pemurah untuk membantu orang sekeliling dan jemaah.
Aktiviti sumbangan ini adalah hasil kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu bersama PAS Cawangan Kg Tebuan dan Cawangan Sg Buloh serta Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Tebuan.
“Terima kasih kepada semua penyumbang dan yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang setimpal serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat” kata wakil Dewan Pemuda PAS Kulim Bandar Baharu.
Turut hadir Ustaz Iskandar Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS KawasanKetua PAS Cawangan Kg Tebuan, Ketua PAS Cawangan Desa Teruna, Pengerusi JPKK Kg Tebuan serta Jabatan Amal Sedim.