Oleh NORJULIANA YAACOB
YAN, 19 Ogos : “Ini adalah kejadian pertama sepanjang 50 tahun saya tinggal disini,” Demikian kata Muhamad Ali Sobri yang merupakan salah seorang mangsa banjir kilat yang berlaku di sekitar Yan dan Gurun, semalam.
Menurut Muhamad Ali yang tinggal di Kampung Permatang Keramat berkata, kejadian berkenaan berlaku selepas beliau selesai menunaikan solat asar. “Saya terkejut mendengar orang jerit kata ada air bah dan bila saya keluar rumah air dah penuh di laman.
“Air itu bewarna merah dan berkelodak, keadaan hujan yang lebat menghalang kami penduduk berbuat apa-apa,” katanya. Muhamad Ali berkata, hanya dalam tempoh 15 minit air sudah naik ke paras lutut dan arus sangat kuat.
“Tiada apa yang boleh kami lakukan dan hanya berdoa di dalam rumah sambil mengankat barang-barang berharga ke sudut rumah yang lebih tinggi. Tambah Muhamad Ali, kedudukan rumahnya yang terletak 100 meter dari sungai membuatkan air naik begitu cepat.
“Sebelum ni jika hujan lebat sekalipun tidak pernah berlaku air masuk ke rumah dan ini adalah kali pertama. “Kita redha dengan ujian Allah dan berharap kejadian ini tidak berulang,” katanya.