Home Berita PAS Johor

5 Arahan Senator Ustazah Nuridah Buat Muslimat

1727
SHARE

5 Arahan Senator Ustazah Nuridah Buat Muslimat

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

JOHOR : Munajat AKIFI merupakan program berkala Muslimat PAS setiap minggu yang telah diadakan seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan terbaru di Johor.

AKIFI merupakan singkatan bagi ‘Alim (berpengatahuan, berilmu), Haraki (bergerak), dan Sufi (mendekatkan diri kepada Allah S.W.T).

Membicarakan persoalan muslimat dan penglibatannya dalam gerak kerja lapangan, kita menyaksikan kemerosotan nila-nilai agama, kepincangan aqidah,keruntuhan akhlaknya bahkan kebejatan sistem nilai peranan seorang muslimat bukan lagi tersorok dibalik sudut sudut yang tersembunyi.

Sebaliknya, golongan hawa ini mestilah berdepan dengan cabaran yang semakin rencam, dengan arus pusaran yang semakin ganas dan melemaskan generasi digital era langit terbuka hari ini.

Yb Senator Ustazah Nuridah dalam ucapannya semasa munajat akifi di sini baru-baru ini menggariskan lima arahan buat semua muslimat :

1. Seruan bacaan Qunut Nazilah setiap jam 10.00 malam.

2. Seruan perhebat solat hajat dan munajat memandangkan situasi Islam yang kian membimbangkan.

3. Seruan melibatkan diri dalam kerja-kerja jemaah.

4. Seruan memantapkan ukhuwah sesama umat.

5. Seruan perkukuh blok pembangkang- kerjasama demi Islam.