Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Perginya Pejuang Cintakan Ulama’

1601
SHARE

انا لله وانا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهَ وَاعْفُ عَنْهَ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَ، وَاغْسِلْهَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النّار

Seawal pagi 12 Mac 2019, menerima khabar duka pemergian Ustaz Norazli Musa yang juga lebih dikenali dengan nama Ustaz Toliban.

Sungguh istimewa pengakhiran beliau diambil nyawanya di bumi Madinah, tempat letaknya makam agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagaimana sebuah hadits;

مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ، فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا
“Siapa yang boleh memilih mati di Madinah, maka lakukanlah. Kerana aku akan memberi syafaat bagi mereka yang mati di Madinah.” (HR. Ahmad 5437, Turmudzi 4296 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)

Ustazah mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan penuh hiba mengucapkan salam takziah buat isteri tercinta, Hajah Mastura Haji Ahmad atas kembalinya suami tersayang kepada Sang Pencipta. Kami berharap agar seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menerima ujian ini.

Bersaksilah kalian bahawa al-marhum sudah membuktikan kecintaan dan komitmen beliau kepada perjuangan Islam dan menjadi pendokong kepada kepimpinan ulama’. Semoga kematian ini menjadi motivasi buat kita yang masih hidup untuk terus-menerus kekal istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

Balasan yang selayaknya diterima buat seorang pejuang, di samping al-marhum juga telah banyak mengikuti misi bantuan sama ada dalam dan luar negara. Yang terakhir Ustazah sempat bersama adalah Misi Kemanusiaan Palu Oktober lepas.

“Allahu… Dia ketua geng cintakan ulama’
Kau abadikannya di bumi panghulu syurga
Ya Allah pilihlah kami juga
Amiin Ya Rabbal ‘alamin”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Mac 2019 bersamaan 6 Rejab 1440