Oleh TASNIM
BELANTIK – Seramai 40 orang mahasiswa yang bakal menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini menerima Bantuan Awal kemasukan Institusi Pengajian Tinggi di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Belantik, pagi semalam.
Sumbangan bantuan kewangan awal pengajian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, YB Haji Mohad Isa Shafie.
“Saya mendoakan semoga bantuan ini dapat membantu pelajar dan keluarga membuat persiapan kemasukan ke IPT,” ujar beliau.