Home Berita PAS Kelantan

4 PDK sediakan PPV bergerak di masjid

13
SHARE
Oleh SUHAIZI KADIR
PASIR PUTEH, 14 Jul: Empat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Parlimen Pasir Puteh menyediakan kemudahan suntikan COVID-19 bergerak bagi mempercepatkan peningkatan imuniti kelompok dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU), di Masjid Mukim Padang Pak Amat (MMPPA).
Pengerusi PDK Semerak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim berkata kaedah tersebut mampu memudahkan 184 Pelatih OKU dan penjaganya, sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta penduduk kampung Padang Pak Amat dan kampung Nara, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh (PKD).
“Pemilihan lokasi di masjid dapat mengubah persepsi masyarakat yang menganggap masjid sebagai tempat solat dan kuliah agama sahaja, tetapi kini turut diimarahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti”, katanya ketika dihubungi.
Pihak MMPPA mengucapkan ribuan terima kepada PKD Pasir Puteh kerana sudi memilih pusat ibadat tersebut sebagai tempat untuk menjalankan program vaksinasi yang berlangsung pada 12 dan 13 Julai.
Hadir sama ADUN Limbongan, YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.