Home Berita PAS Johor

36,729 kertas undi pos untuk PRN Johor

279
SHARE

Oleh Nazirul Munir

Tebrau : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 36,729 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha SPR, Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan media di laman facebook rasmi SPR harini.

“Pengeluaran kertas undi pos pada 1 – 3 Mac 2022 dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 56 kawasan DUN.

“28,421 kategori Borang 1A (Petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, qnggota polis, anggota tentera dan petugas media), 7814 undi pos bagu kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara).

“118 kategori Borang 1C (9 Agensi dalan sektor keselamatan & kesihatan) dan 376 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” kata Ikhmalrudin.

Beliau turut menyatakan proses pengeluaran kertas undi pos dihadiri oleh wakil calon dari pada semja parti dan individu yang bertanding.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2) serta mengembalikannya kepada pegawai pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada hari mengundi.

“Pengundi diingatkan sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya,” katanya.