Home Berita PAS Terengganu

Air Mata Mangsa Banjir Akhirnya Berderai

1157
SHARE

Oleh : Aziz Hambali

MARANG, 4 Mac – Siapa sangka airmata mangsa banjir jatuh berderai diiringi laungan takbir dek terlalu sebak atas kehadiran Ahli Parlimen Marang, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menziarahi kediamannya yang teruk diuji banjir.

Demikian situasi melanda Awi atau lebih dikenali Pok Awi yang tidak dapat menahan sebak dan akhirnya tewas jua dengan berjuraian airmata sebaik selepas menceritakan kepada pihak media akan situasi luar jangka yang dialaminya.

“Terima kasih Ayah Chik sanggup datang ziarah walaupun banyak tugas yang perlu ditunaikan sebagai menteri. Siap bagi sendiri sumbangan ni terus kepada tangan kami mangsa-mangsa banjir. Allahuakbar.

“Seorang tokoh ulama. Tuan Guru sanggup melawat ke rumah saya pagi ini, jadi saya rasa tidak terkata-kata. Tidak ada bandingannya. Seorang ulama datang ke rumah saya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala”, katanya ketika ditemui wartawan UPDI dekat sini, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, banjir datang ada hikmahnya. Turunnya banjir, datangnya seorang ulama. Itulah pandangan rahmat yang terharu Abdul Hadi yang agihkan sendiri sumbangan kepada mangsa banjir termasuk dirinya.

Baru-baru ni, Tan Sri Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah turun ke Kuala Berang, Terengganu bersama Jabatan Amal Malaysia meninjau sekaligus mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Durian Badur, Jalan Sekayu dan sekitarnya.