PASIR PEKAN, 13 Jun: Menteri Besar Kelantan, YDato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob yang juga ADUN Pasir Pekan menyantuni petugas di Pos Kawalan PKPD Kampung Kutan Tengah pagi ini. Pengagihan kali pertama melibatkan makanan kering dan basah (ayam) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Khidmat Dun Pasir Pekan.
PKPD di Kg. Kutan Tengah dilaksanakan bermula 11 Jun 2021 hingga 24 Jun 2021 bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 yang tinggi dilokaliti tersebut.
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat DUN dan agensi berkaitan telah menyusun pelan pengagihan bekalan makanan kepada penduduk kawasan PKPD sepanjang tempoh tersebut.
Turut sama YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, YB Mohd Rusli Abdullah, YABrs Ketua Jajahan Tumpat, Ketua Polis Jajahan dan beberapa agensi terlibat.