Home Berita PAS Johor

3000 penyokong Perikatan Nasional iringi Dr Mazri Yahya

122
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Muar, 26 Ogos – 3000 penyokong Perikatan Nasional mengiringi Calon N13 Simpang Jeram Dr Mazri Yahya pagi ini.

Para penyokong mula berkumpul sejak jam 7.00 pagi lagi bagi menanti ketibaan Calon N13.

Turut hadir bersama Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ahli-ahli Parlimen PAS antaranya YB Tuan Guru Zulkifli Ismail, YB Bakri Jamaluddin serta pimpinan PAS Negeri Johor.

Dr Mazri dilihat memasuki Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Muar pada jam 8.40 pagi di iringi oleh pencadang dan penyokong calon.

Sementara itu, Calon dan penyokong Pakatan Harapan masih lagi tidak kelihatan di sekitar Pusat Penamaan.

Pegawai Pegurus Pilihanraya DUN N13 Simpang Jeram dijangka membuat pengumuman rasmi calon yang bertanding pada jam 10.45 pagi nanti.

Selain PRK Simpang Jeram, turut berlangsung serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan mengalami kekosongan luar jangka susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai yang lalu.