Home Berita PAS Kedah

300 pelajar sekolah terima sumbangan Ambang Ramadhan

70
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUBANG PASU – Seramai 300 orang pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah dalam Program Sumbangan Ambang Ramadhan anjuran PAS Kawasan Kubang Pasu, baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah YB. Senator Dato’ Haji Ahmad Yahaya di Dewan Abu Hurairah Masjid Al Muttaqin.

 

“Kita di pilih untuk membantu seseorang bukan kerana orang itu perlu sangat bantuan kita tetapi kerana Allah ingin kita membantu diri kita sendiri sebenarnya.

“Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada PAS kawasan Kubang Pasu kerana berjaya menganjurkan program sumbangan tersebut dan juga sama-sama dapat meraikan anak-anak pelajar bersama waris mereka,” ujar YB Senator.

Berkata YB lagi,”Moga sumbangan ini dapat meringankan beban tuan/puan dalam mengurus keluarga nanti dan sedikit sumbangan ini sebagai tanda ingatan”,

Menurut Ydp PAS Kawasan Kubang Pasu Ustaz Zulhazmi Osman,beg sekolah dan wang tunai telah di taja oleh Yayasan Taqwa serta NGO Prihatin yang telah memberi kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan program ini.

Turut sama hadir ialah Timbalan Yang diPertua PAS Kawasan Kubang Pasu Hj.Shaarin Osman,Naib Yang diPertua PAS  Mohd Syarizal Maksir dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kubang Pasu Puan Habshah Bakar.