Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Port Dickson bantu calon PN N26 Machap

69
SHARE

Oleh TOK MOK

SIMPANG RENGGAM, 9 Mac : Jentera pilihanraya PAS Port Dickson (PD) bersama Yang DiPertua (YDP) PAS PD turun ke lapangan untuk membantu pilihanraya Perikatan Nasional (PN), di sini.

Pas Kawasan PD bersama jentera pilihanraya PAS Negeri Sembilan dan Pahang ditugaskan bersama untuk membantu calon PN N26 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Ustaz Azlisham Azahar.

DUN Machap mempunyai seramai 33,764 pengundi pada pilihanraya kali ini dan akan menyaksikan pertandingan 4 penjuru.

Ustaz Azlisham, di bawah tiket PN turut di cabar oleh 3 orang calon yang lain bagi mewakili parti masing-maaing iaitu, Parti Pejuang, Datuk Dr. Shaharuddin Md Salleh, Barisan Nasional (BN) Datok Onn Hafiz dan wakil calon MUDA, Sanggaran Ramasandiran.

Menurut Ustaz Fatah, Pengarah Pilihanraya Negeri Sembilan Muda Aliman, mengetuai misi tersebut dengan dibantu oleh 8 kawasan lain di Negeri Sembilan.

Katanya lagi, terdahulu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mahfuz Roslan dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Rahman Shah Aris dan beberapa AJK Kawasan PD telah berada di sana semenjak hari penamaan calon lagi.

“Saya mendoakan ia bakal menjadi kenyataan, kerana DUN Machap antara Dun tumpuan dan dikatakan mampu dimenangi oleh PN memandangkan penyandangnya yang terdahulu Md Taib Bakar hanya memenanginya dengan majoriti tipis 404 undi sahaja.” kata semangat Ustaz Fatah buat petugas-petugas yang hadir di situ.