oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 27 MAC – Seramai 30 orang pelajar menerima sumbangan program Back to School dan 60 orang ibu tunggal disantuni dalam program Kasih Ramadan.
Baucer bernilai RM100 bagi Program Back to School 2023 telah diedarkan kepada 30 orang penerima sumbangan. Program anjuran NGO Akademi Didik Anak Muda (ADAM), Hulu Klang Perihatin, Syabab Care Malaysia, Yayasan Isra’ Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik itu diadakan di Kompleks PAS Kawasan Sik, Sungai Pau.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Ustaz Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik semalam. Manakala di sebelah petang pula, Tarmizi menziarahi rumah Mak Jah, Ketua Srikandi Bersatu Sik bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan pek makanan kepada 60 orang ibu tunggal di sekitar Felda Teloi Timur.
Tarmizi mendoakan agar sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban ibu tunggal di situ.