Home Berita PAS Kedah

Sanusi sifatkan lebih 40, 000 jentera pilihanraya PN Kedah, orang yang ikhlas!

287
SHARE

 

ALOR SETAR, 14 MEI -Sanusi berkata dalam ucapannya di Himpunan Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional Negeri Kedah semalam, semangat orang ikhlas tidak akan dapat dibeli dengan duit.

“Maqi la 3, 4 treler duit pon tak akan cukup berlawan dengan hati yang ikhlas!” Katanya.

Sanusi menyifatkan jentera yang hadir pada malam itu adalah orang yang ikhlas kerana walaupun mereka tidak dijanjikan dan perolehi sebarang saguhati seperti cabutan bertuah, baju percuma, dan duit minyak daripada pihak penganjur, tetapi kehadiran jentera sangat memberangsangkan. Malah mereka yang mengeluarkan wang sendiri untuk membeli baju dan memberi sumbangan ketika uncang derma diedarkan.

Diingatkan dan ditegaskan bahawa program yang diadakan semalam adalah khusus untuk Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional, bukannya himpunan rakyat sokong PN! Itulah realitinya bilangan Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional Negeri Kedah. Ramai kan!

Dianggarkan lebih daripada 40, 000 yang hadir. Manakala anak muda yang mengikuti konvoi pula dianggarkan sebanyak 5,000. Wanita Perikatan Nasional turut tidak ketinggalan, apabila program Semarak Hikmah yang dilaksanakan penuh dewan pada hari itu!

Himpunan yang bermula seawal jam 4.00 petang itu berlangsung dengan sangat meriah dan lancar. Himpunan bertambah meriah ketika acara kemuncak iaitu penyerahan panji kepada 36 DUN dan ucapan daripada Menteri Besar Kedah.

Takkan tak meriah! Menteri Besar Kedah orang yang paling disayangi jentera Perikatan Nasional Kedah kot!!!

Sebelum itu, munajat dan Solat Hajat Perdana PRN Kedah turut diadakan. Munajat dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, kemudian Solat Hajat, bacaan Yasin dan Solat Isyak berjemaah.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Kedah, Helmi bin Abd Wahab pula menerusi facebooknya mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang hadir.

“Kehadiran lebih 40 ribu petugas pilihanraya parti-parti komponen PN menyerlahkan komitment tinggi para petugas bagi mempastikan Kedah dapat dipertahankan oleh PN dalam PRN nanti.

“Saya menyeru supaya semua petugas mengekalkan semangat tinggi sehingga ke hari mengundi. Masa yang berbaki sangatlah singkat berbanding banyak kerja yang perlu disempurnakan.

“Sekalipun, berdasarkan fenomena gelombang kebangkitan rakyat khususnya anak-anak muda yang kuat menyokong PN, hasrat untuk mengekalkan kerajaan tampak mudah namun kita tidak harus pandang enteng sebaliknya mestilah berwaspada (hazar) kerana pihak lawan akan melakukan apa sahaja taktik kotor bagi menghadapi kita. Para petugas hendaklah kekal berdisplin dan mematuhi arahan.” tambahnya.