Oleh UMMU HUSNA
JASIN , 14 APR : Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin (DMPKJ) telah mengedarkan 250 kotak kurma kepada pimpinan dan amilin PAS kawasan ini.
Menurut Ketua DMPKJ, Kintan Man, aktiviti ini adalah program sulung dewan ini dalam rangka program pengisian Ramadan pada kali ini.
“Program sulung pada Ramadan tahun ini yang membawa tema dan slogan ‘Sutera Kasih, Tautan Hati, Semanis Kurma, Seutuh Ukhuwah’ diperkenalkan kepada masyarakat di semua DUN di dalam Parlimen Jasin.
“Khususnya menyantuni saf kepimpinan di semua peringkat serta veteran PAS sama ada Muslimin juga Muslimat,” ujar beliau.
Tambah Kintan lagi, selain kurma, turut diedarkan ialah buku tentang ibadah puasa yang telah disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
“Sejajar dengan tema dan slogan yang dibawa, DMPKJ seikhlasnya berharap di sebalik sumbangan yang kecil ini mampu memberi makna yang besar dari
segi kelangsungan dakwah dan ukhuwah, di samping mendambakan keredaan dari Allah SWT,” ujar beliau lagi.
Kintan berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar ke bilik berita Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam.
AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH
. SAMBAL IBU SARI .