Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan serah sumbangan sempena Ramadan

188
SHARE

 

Nursam Mohammad
13 April 2021

Putatan – PAS Kawasan Putatan menyampaikan 150 bakul makanan kepada golongan asnaf di 3 kampung terpilih dalam Parlimen Putatan  sempena program Ihya’ Ramadan.

Bakul makanan berupa beras, gula, tepung dan kurma itu disampaikan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Muhammad Akmal Othman dan Timbalan Yang Di-Pertua, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin dalam beberapa majlis di sini, pada 11 April baru-baru ini.

YDP PAS Putatan, Ustaz Muhammad Akmal berkata, agihan sumbangan bakul makanan Ihya’ Ramadan tahun ini diadakan awal supaya dapat membantu penerima membuat persiapan sebelum memasuki bulan Ramadan.

Katanya, PAS Kawasan Putatan akan meneruskan program Ihya’ Ramadan ini dengan siri lain seperti berbuka puasa bersama masyarakat, program sahur bersama petugas kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) , edaran kurma dan lain-lain.

Turut hadir dalam majlis Ak Rahman Pg Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Muhd Alias Muhd Yusuf, Ketua Kampung Meruntum.

Sepanjang bulan Ramadan ini PAS Kawasan Putatan akan terus memeriahkan program Ihya’ Ramadan ini dengan beberapa program yang telah disusun.