Home Berita PAS Kedah

25 warga Tionghua terima sumbangan sempena Tahun Baru Cina

156
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 30 JAN – Seramai 25 orang kaum Tionghua hadir ke pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Ayer Hitam,Pida 5 bagi menerima sumbangan wang tunai, hamper dan sekotak buah limau sempena Tahun Baru Cina.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim dan diiringi Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Ayer Hitam, Ustaz Abdul Hadi Omar, yang lengkap berpakaian samfoo.

“Kita sebagai orang yang hidup bermasyarakat mestilah saling menjaga, prihatin antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, bangsa ataupun agama dan InsyaAllah, jika diberi kesempatan, saya akan turun ziarah rumah-rumah warga Tionghua pada tahun baru cina nanti” ujar YB dalam ucapannya.

“Dan kita layan semua kaum sama rata seperti yang di peruntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang. Apa yang kaum cina layak dapat, mereka berhak dapat”, katanya.

Tambah beliau lagi, semoga dengan sumbangan ini dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan antara kita tanpa mengira bangsa atau agama demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama, InsyaAllah.

Menurut Pengarah PKWR Dun Ayer Hitam, kaum Tionghua turut merakamkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Exco Perpaduan di atas sumbangan dan keperihatinan yang di berikan.