Home Berita PAS Kelantan

25 orang penarik beca terima sumbangan Aidilfitri

161
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 12 Mei: Seramai 25 orang penarik beca menerima sumbangan sempena Aidilfitri bagi meringankan beban mereka menjelang Syawal ini.

Sumbangan wang tunai sebanyak RM600 dan bakul makanan yang bernilai RM70 itu disumbangkan oleh kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, sumbangan itu diadakan setiap tahun bagi membantu meringankan beban penarik beca yang majoritinya sudah berusia.

“Mengayuh beca adalah pekerjaan yang tertua di negeri ini, malah ada pengayuh yang telah mencecah usia 85 tahun,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri tersebut.