Home Berita PAS Johor

Banjir Johor : KM Kulai jayakan misi banjir Segamat

59
SHARE
SEGAMAT, 10 Jan : Khidmat Malaysia cawangan Kulai bersama 10 anggota pelbagai entiti PAS termasuk Jabatan Amal Malaysia (JAM), ARC dan Dewan Pemuda berbesar hati bagi menjayakan misi bantuan banjir di Segamat, Johor.
.
Penyelaras Khidmat Malaysia Kulai, Kamaludin Sairan menyatakan pasukannya bertolak seawal pagi dari Kulai supaya perjalanan dan misi bantuan lancar.
.
Disamping kerja-kerja pembersihan, penyerahan sumbangan kewangan kepada Bilik Operasi Segamat dan Sekijang juga turut dihulurkan dalam jadual misi kali ini.
.
“Alhamdulillah kerja-kerja membersih tiga buah kediaman rumah penduduk Kampung Buluh Kasap dan Batu Anam termasuk rumah keluarga bekas selebriti TV3, Normala Shamsudin berjalan lancar.
.
“Kita bersyukur kerana khidmat kita disambut baik dan dihargai penduduk tempatan,” ujar Kamaludin Sairan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai.
.
Beliau juga berkata operasi bantuan itu diselaras di bawah Khidmat Malaysia Johor di mana kumpulannya telah melaporkan diri di Bilik Operasi Segamat.
.
Penolong KM Kulai, Hamdan Astopa dan Setiausaha KM Kulai, Mohd Pakhri Yusof juga turut bersama.
.