Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Cawangan BSS teruskan gerak kerja kebajikan melalui program bantuan pasca banjir

80
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

REMBAU, 10 JANUARI: PAS Cawangan Bandar Seremban Selatan (BSS) menjalankan aktiviti kebajikan melalui program penyerahan bantuan pasca banjir kepada penduduk yang terlibat, di daerah Tampin, kelmarin.

Ketua Cawangan PAS Bandar Seremban Selatan (BSS), Zulkifli Idris yang diamanahkan sebagai Ketua operasi program bersama 6 orang ahli PAS lain telah mengagihkan barangan keperluan mangsa banjir di Kampung Pasir Besar dan Kampung Kurnia Di Raja, daerah Tampin.

Zulkifli Idris menyatakan antara objektif mengadakan program tersebut ialah untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terlibat setelah hujan lebat turun tanpa henti mulai 18 Disember yang lalu dan menyebabkan kerosakan harta benda penduduk.

Menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan BSS, Safi Rudin Hamthan, sebanyak 40 set barangan keperluan termasuk toto, bantal, kain pelikat, kain batik dan telekung telah diagihkan kepada mangsa di kedua-dua buah kampung yang terlibat.

“Kejayaan kami menjejaki mangsa yang terlibat ialah dengan bantuan seorang jurupandu yang diketuai oleh Ketua Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Tampin, Mohamad Ali Puteh dan turut dibantu oleh Ketua Cawangan PAS Pasir Besar iaitu Razali Amir, kata Safi Rudin.

PAS Cawangan BSS melalui ketua cawangannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada para penyumbang, petugas-petugas PAS cawangan BSS serta pimpinan dan orang-orang kampung yang terlibat atau sesiapa sahaja yang membantu menjayakan program tersebut.