Home Berita PAS Kedah

Program Penyerahan Wang Kerajaan (NADMA) Kepada Mangsa Banjir Kepala Air Fasa 2

83
SHARE

Oleh ANA NAJWA

YAN– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sungai Limau menyampaikan sumbangan berjumlah RM500 kepada 161 orang penerima yang terjejas akibat bencana banjir kepala air, Khamis lalu.

Terdahulu, Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta memutuskan untuk memberikan bantuan tunai berjumlah RM500 (Lima Ratus Ringgit) bagi setiap keluarga yang terkesan dengan tragedi ‘kepala air’ di Daerah Yan dan Kuala Muda.

Bantuan tersebut bagi membantu urusan pembersihan lumpur kawasan rumah dan kerja-kerja penggantian sebahagian peralatan asas rumah.

“Semoga usaha baik kerajaan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat,” ujar YB Ustaz Mohd Azam menerusi facebook beliau.