Home Kenyataan Media PAS Johor

Iltizam hormati demokrasi, Muwajahah Silmiyyah

163
SHARE

ILTIZAM HORMATI DEMOKRASI, MUWAJAHAH SILMIYYAH

Keputusan PAS untuk meletakkan calon tunggal PRN Sarawak di N29 DUN Beting Maro adalah satu langkah yang penuh berhikmah bagi menghidupkan suasana demokrasi dan pertandingan sihat (muwajahah silmiyyah) dalam kancah politik negara.

Ianya bukanlah bererti pertembungan dengan sahabat GPS daripada PBB memandang PAS dan GPS adalah parti komponen dalam PN.

Namun ianya bolehlah dianggap sebagai perlawanan persahabatan memandangkan PAS telah mempunyai akar umbi yang aktif di sana.

Justeru PAS Johor menyokong penuh usaha dan iltizam PAS Pusat meletakkan Mohammad Arifiriazul Paijo sebagai calon tunggal PAS di Beting Maro tersebut.

Semoga usaha ini membawa sinar yang baharu dalam menyuburkan lagi semangat demokrasi yang lebih terbuka dalam arena politik tanah air.

#PASSarawakMaju
#PrihatinUntukSemua
#PeneranganPASJohor
#KemenanganUntukPAS

USTAZ RUSLAMI SALLEH
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)