PASIR PUTEH, 12 Dis: Seramai 23 kanak-kanak menyertai Program Khitan Jamai’ anjuran Ahli Jawatankuasa Agama Mukim Bukit Abal dan Pusat Khidmat DUN (PKD) Selising, semalam.
Program diadakan di rumah Tuan Imam Mukim Bukit Abal, Mohamad Akasah Mohamad Adnan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Ustaz Mohd Saripudin Tuan Ismail hadir merasmikan program tersebut.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan berterima kasih kepada Imam, ahli jawatankuasa Masjid Mukim Bukit Abal dan para penghulu yang terbabit menjayakan program ini.