Home Artikel PAS Wilayah

Penggerak PAS Diseru Giatkan Ziarah, Bantu Golongan Memerlukan

243
SHARE

Wan Syahirah Wan Jafri

YB Senator Puan Hajah Nuridah menziarah Hajah Zaiton balu pengasas PAS Cawangan Kampung Puah

WANGSA MAJU , 12 JAN: “Budaya memberikan sumbangan kepada golongan asnaf kini perlu menjadi tradisi di Wangsa Maju”, ujar YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika ziarah ke rumah pengasas PAS cawangan Kampung Puah di sini.

Katanya lagi, bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah perlu berdasarkan tanggungjawab melakukan kebajikan sesama manusia.

“Ini amanah yang kita pikul. Sememangnya kita akan mencuba sehabis mungkin untuk membantu rakyat di sini apatah lagi mereka yang memerlukan di musim COVID-19 ini.

“Terdapat juga cabaran yang dialami terutamanya untuk mendapatkan maklumat mereka yang memerlukan serta mencari sumbar bantuan untuk mereka.

“Namun hal ini bukanlah suatu perkara yang tidak boleh dilaksanakan memandangkan rata-rata masyarakat kita sedar akan situasi golongan sebegini yang perlu dibantu,” kata Nuridah lagi.

Hajah Zaiton 86, balu pengasas PAS Cawangan Kampung Puah melahirkan rasa syukur atas kesudian YB Senator Ustazah Nuridah menziarahinya.

Beliau walaupun kelihatan uzur selepas pembedahan tyroid tetap memberikan sokongan kepada PAS dan mendoakan agar PAS dapat memerintah Malaysia satu hari kelak.