Home Berita PAS Melaka

Rencana : Daftar mengundi tanggungjawab rakyat zahir patriotisme pada negara

370
SHARE

 

Oleh : Shawal Ahmad

MENDAFTARKAN diri sebagai pengundi kali pertama merupakan tanggungjawab yang mesti dijalani oleh setiap rakyat Malaysia berumur 21 tahun sebagai menzahirkan patriotisme mahu meletakkan negara berada di dalam keadaan baik.

Semua orang sedar akan keadaan sepanjang Pakatan Harapan (PH) memerintah negara. Setelah 22 bulan memberi kesan yang sangat buruk di dalam sejarah pemerintahan negara. Mereka tiada visi untuk rakyat.

Dalam keadaan politik yang tidak stabil ini maka sudah tentu mandat akan diserahkan kembali kepada rakyat, dan ini masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya. Jadi di sini pentingnya tanggungjawab mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Jangan hanya niat dengan hati sahaja untuk melihat negara stabil dari sudut politik sedangkan tanggungjawab sebagai pengundi tidak dijalankan, masih lagi tidak mendaftarkan diri terutama di kalangan anak muda yang sudah pun berusia 21 tahun.

Gerakan mendaftar seramai mungkin pengundi terutama anak muda adalah antara usaha yang diambil serius.
Kuasa dan aura anak muda perlu diterjemahkan kepada medium seperti ini selari dengan sistem demokrasi negara kita.

Setiap rakyat punya hak untuk memilih siapa yang bakal memimpin dan mentadbir Malaysia pada masa akan datang.

Khidhir Abd Hamid, 24, antara anak muda yang hadir untuk mendaftar sebagai pemilih di Program Daftar Pemilih dan Pemberian Penutup Muka anjuran Perikatan Nasional Kawasan Kota Melaka di Pasar Pagi Telok Mas semalam.

Beliau yang ditemui berkata, anak muda perlu bijak mengambil peluang terbuka ini untuk memilih pemimpin yang berintegriti dan mampu membawa suara mereka dalam Dewan Rakyat.

“Sebagai anak muda, kita patutlah mendaftarkan diri sebagai pemilih. Anak muda punya hak untuk memilih siapa pemimpin mereka pada masa akan datang” tegasnya.

Perikatan Nasional (PN) Kawasan Kota Melaka juga komited untuk memberi kesedaran kepada rakyat akan pentingnya mendaftar sebagai pemilih seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya akan datang.

Penulis adalah Wartawan Rakyat Melaka (WARM)