Home Berita PAS Melaka

Perikatan Nasional (PN) Kota Melaka berjaya anjur program ‘Back-To-School’

673
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 11 Jan : Perikatan Nasional (PN) Kota Melaka berjaya menganjur Program ‘Back-To-School’ yang telah berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Melaka, Taman Seri Telok Mas, di sini, semalam.

Program ini dilangsungkan dalam skala besar melibatkan seramai 200 penerima sumbangan berupa beg sekolah dan peralatan sekolah.

Selain itu, turut disampaikan ialah sumbangan wakalah zakat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Melaka berjumlah RM1500.00 dalam bentuk akaun SSPN beserta cenderahati kepada sebuah keluarga asnaf di Padang Temu iaitu keluarga Norazean Mat Said yang mempunyai anak yang bersekolah seramai enam orang.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Zuhaidi Yusof berkata sumbangan itu bertujuan meringankan bebanan ibu bapa terutama menjelang sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Dengan adanya sumbangan kecil ini, saya berharap anak-anak penerima dapat belajar dengan lebih tekun lagi supaya menjadi bijak pandai dan dapat membantu ibu bapa apabila telah dewasa kelak.

“Pihak kami (PAS) pula akan terus membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa,” katanya.

Zuhaidi yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Melaka berkata PAS Kawasan Kota Melaka sentiasa komited untuk menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana parti dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian ketika ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di dalam program itu.

Sementara itu Ketua Bersatu Bahagian Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dalam ucapannya pula mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap program-program anjuran Bersatu dan PN.

Hadir sama program ini adalah Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Wan Saiful Wan Jan beserta AJK Bahagian, Srikandi dan Armada Kawasan Kota Melaka, Timbalan Setiausaha PAS Negeri Melaka, Abdul Samad Mohd Dahan berserta AJK PAS Kawasan yang lain, antaranya, Ketua Dewan Muslimat, Rohani Hassan, Pengarah JPrK, Ahmad Saidin, Pengarah JPrD Telok Mas, Khairulanuar Abd Gani dan Ahli Jawatankuasa JPrD yang lain.