Home Berita PAS Melaka

PAS Kota Melaka perkukuh Perikatan Nasional

376
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

HANG TUAH JAYA, 11 Jan: Kesepaduan Perikatan Nasional (PN) semakin terserlah di Parlimen Kota Melaka apabila kepimpinan PAS Kawasan Kota Melaka dan Bersatu Bahagian Kota Melaka menghadiri perjumpaan dan penerangan isu semasa bersama Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Wan Saiful Wan Jan yang berlangsung di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Program ini diadakan bertujuan untuk pemimpin kedua-dua parti teras orang Melayu ini untuk bersemuka secara terus terutama bersama kepimpinan PAS Kawasan Kota Melaka dan Bersatu Bahagian Kota Melaka serta sesi soal jawab yang akan memastikan segala maklumat dalaman parti disalurkan dengan tepat dan sahih ke akar umbi.

Menurut Timbalan Yang Di-pertua PAS Kawasan Kota Melaka, Zuhaidi Yusof, Ahli PAS dan Bersatu perlu mendekati perkembangan menerusi media sosial melalui sumber yang rasmi bagi mengelak kesilapan.

Tambah beliau lagi, ahli dan penyokong PAS dan Bersatu jangan percaya terus maklumat diterima, sebaliknya kena buat tapisan dan buat pengesahan dan rujukan.

‘’Ada banyak rujukan boleh dibuat sama ada dengan pihak keselamatan dan berwajib seperti polis. Kalau berita berkenaan Parti PAS, boleh rujuk kepada agensi berita seperti Harakah’’ tegasnya

Hadir sama perjumpaan ini adalah Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Naib Ketua Srikandi Malaysia, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan Setiausaha Biro Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Hishamuddin Abdul Karim bersama-sama Ketua Penerangan Bersatu Bahagian dari seluruh Negeri Melaka.