10 JANUARI 1949 (ISNIN)
PADA hari ini dalam tahun 1949, pelantikan pertama anggota ‘Communities Liasion Committee’ terdiri daripada sembilan orang anggota telah diadakan di pertemuan kedua jawatankuasa tersebut bertempat di Pulau Pinang.
Jawatankuasa ini terdiri daripada lima orang orang Melayu iaitu Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak dan Ahli Jawatankuasa UMNO), Encik Salleh Halim (Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO dan Ahli Dewan Undangan Persekutuan), Dr. Mustaffa Osman (Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO) dan Dato’ Zainal Abidin Abbas (Setiausaha Agong UMNO). Manakala Dato’ Tan Cheng Lock mewakili masyarakat Cina dan Dato’ E. Thuraisingham mewakili masyarakat India.
‘Communities Liasion Committee’ telah ditubuhkan pada 31 Disember 1948. Objektif penubuhan jawatankuasa ini dibuat adalah untuk melenyapkan suara-suara tidak puas hati dan rasa anti perkauman dalam kalangan penduduk semua kaum di Tanah Melayu.
Dengan penubuhan ‘Communities Liasion Committee’ yang menjadi badan setengah rasmi untuk mengadakan kerjasama kaum di Tanah Melayu adalah diharapkan cita-cita untuk berkerajaan sendiri akan terlaksana dengan lebih cepat lagi.
Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia