Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Terbaru – Kluster Teknologi Kesidang

1307
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 9 Jan : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu petang tadi mengisytiharkan kewujudan satu kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Kesidang.

Menurut JKNM kes bagi kluster ini bermula di Mukim Cheng melibatkan seorang pengawal keselamatan asrama sebuah kilang yang disahkan positif pada 26 Disember tahun lepas.

Tambah JKNM lagi, kes ini juga merupakan kontak rapat kepada kes positif keluarga di Pulau Pinang.

Jabatan ini juga menjelaskan bahawa setakat hari ini jumlah suspek yang disaring ialah seramai 50 orang yang merupakan kontak keluarga dan sosial di mana 18 orang telah disahkan positif melibatkan empat orang warganegara dan 14 orang bukan warganegara sementara 32 orang lagi sedang menunggu keputusan.

Kata laporan itu lagi, empat kluster yang masih aktif ialah Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Rambai, Kluster Telok Mas dan Kluster Anak Air.

Sementara itu bagi kes positif baharu untuk hari ini, JKNM melaporkan sebanyak 50 kes direkodkan di negeri Melaka di mana 47 daripadanya adalah daripada kes tempatan manakala tiga lagi adalah daripada kes Import B yang melibatkan dua daerah iaitu Melaka Tengah dan Alor Gajah.

JKNM juga memaklumkan beberapa kawasan berisiko yang terlibat untuk kes positif Melaka hari ini iaitu Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor.

Berikut adalah perincian kes dinyatakan di dalam poster di bawah ini:

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 399 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan mukim Cheng hari ini diisytiharkan sebagai sebagai zon jingga setelah mencatat 22 kes aktif hari ini.

Jasin (99 kes), Machap (235 kes) dan Telok Mas (90 kes) hari ini masih berada di dalam kategori zon merah sementara 38 mukim lagi berada di dalam zon kuning, kata laporan itu lagi.

Mukim-mukim di dalam zon kuning itu ialah :

DAERAH ALOR GAJAH 8

• Durian Tunggal (4 kes)
• Klemak (4 kes)
• Melaka Pindah (2 kes)
• Melekek (1 kes)
• Pulau Sebang (1 kes)
• Sungai Baru Ilir (5 kes)
• Sungai Baru Tengah (1 kes)
• Taboh Naning (4 kes)

DAERAH MELAKA TENGAH 22

• Ayer Molek (7 kes)
• Bachang (3 kes)
• Balai Panjang (4 kes)
• Bandar Melaka (2 kes)
• Batu Berendam (3 kes)
• Bertam (4 kes)
• Bukit Baru (7 kes)
• Bukit Katil (4 kes)
• Bukit Lintang (1 kes)
• Bukit Rambai (6 kes)
• Duyong (1 kes) baharu
• Kandang (1 kes)
• Klebang Besar (1 kes) 
• Klebang Kechil (4 kes) baharu
• Krubong (4 kes)
• Paya Rumput (1kes)
• Peringgit (1 kes)
• Pernu (3 kes)
• Semabok (4 kes)
• Tangga Batu (2 kes)
• Tanjung Kling (10 kes)
• Tanjung Minyak (5 kes)

DAERAH JASIN 8

• Ayer Panas (3 kes)
• Rim (1 kes)
• Sebatu (1 kes)
• Selandar (3 kes)
• Sempang (2 kes)
• Serkam (3 kes)
• Sungai Rambai (1 kes)
• Umbai (4 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2451 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 564 kes dan diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 409 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.