Oleh : Abu Hadif
KULAI, 6 Jan : Ameerah Dewan Muslimat PAS Kulai bersama dengan pasukan Khidmat Malaysia (KM) Kulai telah melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bukit Batu dan PPS Murni Jaya, di sini semalam.
Ahli Jawatankuasa Ameerah Kulai, Norain Ismail turut sama mendengar keluhan daripada beberapa mangsa dalam kalangan warga emas yang menyatakan kesedihan di atas musibah yang menimpa mereka.
Menurut Norain, selain mendengar dan memberi sokongan moral dengan kata-kata perangsang kepada mereka, pasukannya juga menawarkan untuk menyediakan keperluan yang diperlukan oleh para mangsa dalam kalangan wanita dan warga emas.
Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan kanak-kanak yang berada di PPS tersebut.
Tambah beliau, beberapa keperluan lain khusus untuk mangsa dikalangan wanita juga sedang diusahakan untuk disumbangkan.
• Laporan disediakan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) yang kini membuat liputan banjir di Johor.