Home Berita PAS Sabah

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah selesai Program Misi Bantuan Covid-19

516
SHARE


Oleh : Laila Ismail
06 Januari 2021

SANDAKAN. Program misi bantuan yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah kali ini dilaksanakan di sekitar Kawasan Kota Belud.

Program yang diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah, Ustaz Mustaqim Aling telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2hb dan 3hb Januari 2021 telah berjaya menyantuni seramai 100 orang penduduk yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Sebanyak 7 buah kampung sekitar daerah Kota Belud telah terlibat utk misi sumbangan kali ini. Antaranya ialah, Kampung Piasau, Kampung Podos, Kampung Taginambur, Kampung Paka-Paka, Kampung Lentiggi, Kampung Mandap dan Kampung Kinasaraban.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Sofeah Salin turut hadir dalam program menyatakan bahawa akibat penularan Covid-19 ini, ramai di kalangan penduduk yang telah hilang pekerjaan dan dibuang kerja, gaji dipotong serta hilang pendapatan harian.

Beliau juga berharap dengan bantuan yang disampaikan dalam misi bantuan ini dapat meringankan beban buat semua yang memerlukan dan terjejas, beliau turut mendoakan agar Virus Covid-19 segera berlalu dan pulih agar semua yang terjejas mampu bangunkan semula kehidupan seperti biasa.

Turut bersama dalam menjayakan Program Misi Bantuan Covid-19 Siri ke-2 kali ini adalah Nur Izzati Yusof Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyaratan DMPNS, Nusaibah Bukhari Ketua Lajnah Dakwah DMPNS, Mohd Termizi Madley Ketua LKK PAS Kawasan Kota Belud, Unit Team Ziarah Lajnah Kebajikan DMPNS dan Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Belud.