Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah – Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka

738
SHARE

2 JANUARI 1905 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1905, sekolah Melayu berasrama penuh telah dibuka di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Sekolah ini dibina di atas tapak yang diberikan oleh Almarhum Sultan Idris yang turut menyokong penuh cadangan penubuhan sekolah ini.

Gambar lama MCKK (Kredit foto : Google)

Sekolah yang dikenali sebagai Malay Residential School, ditubuhkan untuk memberi pelajaran moden kepada anak-anak bangsawan sebagai persediaan untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu dalam pentadbiran kerajaan British.

William Hargreaves, bekas Guru Besar Penang Free School, dilantik sebagai Guru Besar pertama sekolah ini dengan dibantu oleh dua orang guru lain iaitu F.A. Vanrennan dan S.W. Rowlands.

Pada peringkat permulaan, pelajar-pelajarnya adalah seramai lapan orang. Sehingga ke penghujung tahun 1905, jumlah pelajar adalah seramai 79 orang.

Almarhum Sultan Idris (Kredit foto : Google)

Sekolah ini semakin pesat membangun dengan pembinaan bangunan tambahan pada tahun 1909 dan dirasmikan sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

MCKK yang dikhaskan kepada murid-murid lelaki ini telah berjaya melahirkan ramai cendikiawan Melayu yang tersohor.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google